PASTI DARUL HUSAINI, KG KEPAS MACHANG
Isnin, 23 Mei 2016
Sabtu, 16 April 2016
DARI PASTI KE ARGENTINA
Tatkala mendapat berita seorang anak muda tanah melayu mengharumkan nama negara di litar moto3 Argentina, tentunya kita sebagai rakyat berkongsi kegembiraan. Bukan mudah anak melayu untuk bersaing dengan bangsa lain di peringkat antarabangsa. Namun yang lebih mengujakan bagi saya ialah saat beliau lari dari podium ketika pelumba-pelumba lain meraikan dengan semburan arak. Hampir menitis airmata kebanggaan.
Anak muda ini bukan sahaja mengharumkan nama negara, tetapi nama Islam juga. Umurnya masih belum mencecah 18. Tetapi sudah tahu halal haram melebihi kebanyakan orang dewasa. Tentu sekali reaksi spontan beliau adalah hasil didikan yang diatur oleh ibubapanya sejak kecil. Tanpa ilmu agama, masakan beliau sanggup lari dari pentas juara itu disaat sedang kegirangan meraikan kemenangan dengan disaksikan seluruh dunia.
Ibubapa Khairul Idham Pawi sedar kepentingan agama untuk anaknya. Dari kecil lagi, mereka telah menyediakan ilmu agama buat cahaya mata yang dikasihi. Tahukah anda, rupa-rupanya anak muda ini adalah lepasan pelajar PASTI Nurul Iman di Kg Gajah, Perak. Bukan sahaja dia, malah adiknya yang juga pelumba cubprix profesional juga dihantar ke PASTI.
Sebut sahaja PASTI, semua orang tahu inilah antara pusat asuhan kanak-kanak berasaskan Islam paling lama bertapak di Malaysia. Ianya milik parti PAS. Di PASTI, sebelum mumayyiz lagi pelajar sudah diajar kenal tuhan. Mereka sudah dibiasakan dengan al-Quran, dipenuhi dengan hafalan hadis-hadis dan doa serta dididik dengan halal haram yang asas. Maka tidak mustahil reaksi Khairul Idham itu adalah hasil didikan yang diperolehi semenjak PASTI dahulu.
PASTI menjadi bukti, PAS bukan sekadar parti yang memperjuangkan politik. PAS hakikatnya adalah gerakan Islam, yang meletakkan perjuangannya di atas tiga paksi utama iaitu tarbiyah, dakwah dan politik. Cuma nama sahaja 'parti' kerana berdaftar untuk membolehkan gerakan ini memasuki pilihanraya.
Kalaulah matlamat PAS sekadar berpolitik, mustahil ahli PAS sanggup berhabis jutaan ringgit membangunkan PASTI yang wujud di seluruh Malaysia. Apa yang boleh anak 6 tahun ke bawah sumbangkan kepada PAS dalam pilihanraya? Mereka hanya boleh mengundi 15 tahun akan datang. PAS tidak pernah buat akujanji kepada pelajar Pasti, untuk wajib undi PAS apabila mencapai umur 21 nanti.
Kalaulah matlamat PAS sekadar berpolitik, mustahil ahli PAS sanggup berhabis jutaan ringgit membangunkan PASTI yang wujud di seluruh Malaysia. Apa yang boleh anak 6 tahun ke bawah sumbangkan kepada PAS dalam pilihanraya? Mereka hanya boleh mengundi 15 tahun akan datang. PAS tidak pernah buat akujanji kepada pelajar Pasti, untuk wajib undi PAS apabila mencapai umur 21 nanti.
Yang PASTI berikan kepada mereka hanyalah ilmu agama. Ini kerana PAS juga adalah parti tarbiah dan dakwah. Walaupun merugikan politik, PAS tetap lakukan. Seandainya politik saja yanh dofikir, baik PAS gunakan duit tersebut untuk biayai deposit untuk bertanding di setiap kerusi Parlimen dan Dun.
Alhamdulillah, dengan ketulusan PASTI memdidik manusia mengenal ajaran tuhan, pelajar PASTI kini tidak hanya terdiri dari kalangan anak ahli PAS, malah orang Umno, atas pagar, bukan melayu, bukan Islam serta orang-orang asli di pedalaman hutan turut menghantar anak mereka menerima tarbiah dari PAS.
Walaupun bukan 100% lepasan PASTI berjaya, namun dengan berkat kesungguhan mendidik anak-anak ini, ada alumni PASTI yang sudah bergelar doktor, engineer, peguam, jutawan, atlet, wakil rakyat dan sebagainya. Ini menjadi bukti pusat pendidikan tidak diiktiraf kerajaan juga boleh berjaya.
PASTI diasaskan atas kesedaran dakwah, bukan untuk perniagaan dan mencari untung. Segala pujian saya terhadap PASTI ini tidak dijanjikan sesen pun habuan. Sebaliknya pula, PASTI sentiasa merayu sumbangan untuk menampung kos penubuhan satu demi satu PASTI yang tumbuh merata tempat dek permintaan yang tinggi. Juga untuk meningkatkan taraf PASTI yang telah sedia ada bagi memenuhi kehendak semasa.
Inilah PASTI. Inilah PAS. Maka beruntunglah mereka yang pernah menyumbang untuk perjuangan PAS. Jika benar tercatit di sisi tuhan bahawa apa yang dilakukan oleh Khairul Idham adalah hasil didikan PASTI, semua yang terlibat membantu PAS dan PASTI akan beroleh saham yang sama di akhirat insyaAllah.
Dengan bangganya saya ingin katakan, saya ahli PAS, bekas pelajar PASTI dan kini memilih PASTI untuk anak. Anda pula?
Kepada Khairul Idham Pawi, semoga anda kekal istiqamah mempertahankan jati diri Islam. Anda kini bukan hanya ikon kebanggaan anak muda negara, malah anda juga lambang kebanggaan umat Islam sedunia yang cintakan syariat tuhan.
Kepada Khairul Idham Pawi, semoga anda kekal istiqamah mempertahankan jati diri Islam. Anda kini bukan hanya ikon kebanggaan anak muda negara, malah anda juga lambang kebanggaan umat Islam sedunia yang cintakan syariat tuhan.
(Alang Ibn Shukrimun)
PASTI Kami (Darul Husaini, Kg Kepas)
Belum buka lagi,,,
Mural yang cantikkan,,,
Ke pejabat PASTI kami,,,silakan masuk,,hehe
Ruang kelas,,,
Bangunan PASTI Kami,,,
Sejarah Penubuhan PASTI
Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula
sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pemdidikan yang semakin pesat dan
pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah
menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan
suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada
itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada
peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.
Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini
ialah Kedah dan Terengganu. Namun di sana terdapat sesuatu yang menarik
daripada segi pengasasan, pengolahan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan,
suasana di mana berlakunya persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti
Islam se-Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah
membahagikan peranan pendidikan ini kepada ABIM. Seawal tahun 1980 telah
lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan
Kanak-Kanak Islam (TASKI).
Di Terengganu pada tahun 1985 TAsKI dikendalikan oleh Dewan
Pemuda PAS Negari Terengganu. Manakala di Kelantan pusat prasekolah yang
dikenali sebagai Putra Islam dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Kelantan
sejak tahun 1988.
Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara
telah wujud pusat-pusat prasekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam
(PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas negeri masing-masing. Pada
tahun 1988 hasil daripada penyelarasan semula semua TASKI yang dikelolakan oleh
ahli-ahli PAS. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui muktamar
Tahunan ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program
pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang
bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua
institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai
Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat diketuai oleh Ustaz
Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan PASTI.
Pada 29-30 Mei 1988 tekah berlangsung Seminar Prasekolah di
Masjid Rusila Marang Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
Dua kertas kerja telah dbentangkan iaitu “Struktur Organisasi dan Pendidikan
Prasekolah” oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan “Penyelarsan Manhaj Pendidikan
Prasekolah” oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik
sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama
saudara Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahya sebagai sebagai Timbalan Ketua
Pengarah, saudara Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan saudara Noh Ahmad sebagai
Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negari sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI
Pusat.
Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda
PAS Pusat telah megarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam
semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang
memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda
PAS Pusat.
PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan
kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan
pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
Panduan Penubuhan PASTI
Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan
berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek
Syahsiyyah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN
DAN IHSAN. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI
berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa, sosio emosi dan
sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam
diri tunas Islam. Usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan
mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang
teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai
oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Oleh itu, untuk mencapai usaha yang
digariskan, berikut merupakan panduan penubuhan dan pendaftaran PASTI di
peringkat cawangan :
Modus Operandi
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk proses penubuhan dan pendaftaran PASTI :
a) Langkah Pertama (Bulan Julai)
Menubuh dan membentuk ahli jawatankuasa Jemaah Pengurus PASTI Cawangan. (Terdiri daripada Pengurus, Penolong Pengurus, Setiausaha, Bendahari dan tujuh orang AJK)
b) Langkah Kedua ( Bulan Ogos)
Perancangan tahap persiapan kelas PASTI, iaitu :
i) anggaran kewangan dan modal awal (rujuk lampiran 1)
ii) tahap persiapan mulai dari pengambilan murid sehingga kelas PASTI beroperasi.
iii) Pengagihan Tugas berdasarkan unit-unit yang dibentuk. (unit pendaftaran dan promosi, unit hal ehwal guru, unit peralatan & bekalan buku teks dll)
c) Langkah Ketiga (Bulan September)
Persiapan tempat (rujuk lampiran 2) adalah terdiri daripada :
i) Persekitaran yang sesuai dan selamat.
ii) Keluasan yang selesa.
iii) Dokumen perjanjian/persetujuan untuk menggunakan tapak antara pemilik dangan PASTI.
d) Langkah Keempat (Bulan September)
Penyediaan guru PASTI :
i) Iklankan jawatan guru
ii) Temuduga guru. Pastikan kelayakan guru PASTI dan syarat-syarat perkhidmatan dipatuhi. (rujuk lampiran 3).
iii) Hantar guru berkursus (Kursus Asas).
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk proses penubuhan dan pendaftaran PASTI :
a) Langkah Pertama (Bulan Julai)
Menubuh dan membentuk ahli jawatankuasa Jemaah Pengurus PASTI Cawangan. (Terdiri daripada Pengurus, Penolong Pengurus, Setiausaha, Bendahari dan tujuh orang AJK)
b) Langkah Kedua ( Bulan Ogos)
Perancangan tahap persiapan kelas PASTI, iaitu :
i) anggaran kewangan dan modal awal (rujuk lampiran 1)
ii) tahap persiapan mulai dari pengambilan murid sehingga kelas PASTI beroperasi.
iii) Pengagihan Tugas berdasarkan unit-unit yang dibentuk. (unit pendaftaran dan promosi, unit hal ehwal guru, unit peralatan & bekalan buku teks dll)
c) Langkah Ketiga (Bulan September)
Persiapan tempat (rujuk lampiran 2) adalah terdiri daripada :
i) Persekitaran yang sesuai dan selamat.
ii) Keluasan yang selesa.
iii) Dokumen perjanjian/persetujuan untuk menggunakan tapak antara pemilik dangan PASTI.
d) Langkah Keempat (Bulan September)
Penyediaan guru PASTI :
i) Iklankan jawatan guru
ii) Temuduga guru. Pastikan kelayakan guru PASTI dan syarat-syarat perkhidmatan dipatuhi. (rujuk lampiran 3).
iii) Hantar guru berkursus (Kursus Asas).
e) Langkah Kelima (Bulan Oktober)
Promosi pengambilan murid :
i) Iklan melalui kain sepanduk (banner) dan lain-lain.
ii) Edarkan poster/brosur/risalah penerangan PASTI.
f) Langkah Keenam (Bulan Januari)
Kelas PASTI mula beroperasi :
i) Aturkan pendaftaran pelajar dan melaksanakan resit penerimaan bayaran.
ii) Ibubapa mengisi borang pendaftaran masuk (rujuk lampiran 4)
iii) Setiap pendaftaran murid hendaklah diisi dalam Buku Daftar Murid.
Promosi pengambilan murid :
i) Iklan melalui kain sepanduk (banner) dan lain-lain.
ii) Edarkan poster/brosur/risalah penerangan PASTI.
f) Langkah Keenam (Bulan Januari)
Kelas PASTI mula beroperasi :
i) Aturkan pendaftaran pelajar dan melaksanakan resit penerimaan bayaran.
ii) Ibubapa mengisi borang pendaftaran masuk (rujuk lampiran 4)
iii) Setiap pendaftaran murid hendaklah diisi dalam Buku Daftar Murid.
Langgan:
Catatan (Atom)